Tuesday, June 18, 2019

updated 3:21 PM UTC, Jun 18, 2019

Chong Wei Jumpa Iskandar Di Peringkat Final

  • Published in Sukan

 

George Town  -  Iskandar Zulkarnain Zainuddin akhirnya akan diuji oleh jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei di peringkat final Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Malaysia Masters.

Dalam aksi separuh akhir di SPICE Arena semalam,  Iskandar mengejut pilihan kedua dari India, K. Srikanth, dengan straight set 27-25, 21-19.

Pencapaian di luar jangkaan itu akan menyaksikan pemain berusia 25 tahun itu berdepan dengan Chong Wei.

Mengenai perlawanan final dengan Chong Wei, Iskandar menginginkan satu keajaiban berlaku untuk menundukkan bekas pemain nombor satu dunia itu.

Katanya beliau memang berharap dapat bermain dengan Chong Wei yang dianggap sebagai 'abang' yang banyak memberi dorongan kepada kebangkitan beliau.