Thursday, June 20, 2019

updated 2:56 AM UTC, Jun 20, 2019

MGCC Mampu Jadi Produk Pelancongan Negeri Pahang

  • Published in Sukan

Pahang - Mahkota Golf & Country Club (MGCC) yang mempunyai padang golf "18 lubang" bertaraf antarabangsa mampu menjadi produk pelancongan baharu negeri Pahang. 

Ia terletak berhampiran bandar Kuantan dan jajaran Lebuhraya Pantai Timur dalam kawasan Indera Mahkota turut mempunyai kelebihan untuk menarik lebih ramai peminat sukan ini. 

MGCC, direka semula oleh seorang arkitek Golf dari Australia, dilengkapi dengan "driving range" yang mempunyai 48 bay dan kemudahan rekreasi termasuk kolam renang, gelanggang tenis dan badminton, gimnasium dan bilik sauna. 

Terdapat juga Dewan Bankuet yang boleh memuatkan 150 orang dan restoran "Golfer's Terrace' pula memuatkan 200 orang dengan kedudukannya menghadap padang golf. 

Pelancaran Pembukaan MGCC dirasmikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. 

Beliau turut diiringi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah serta Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman.