Thursday, June 20, 2019

updated 2:56 AM UTC, Jun 20, 2019

SUKMA - Kontijen Wilayah Persekutuan Sasar 60 Emas

  • Published in Sukan

Putrajaya - Menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) KE 18 di Sarawak Julai nanti, Kontijen Wilayah Persekutuan mempunyai 2 misi penting yang ingin dilunaskan semasa beraksi di bumi kenyalang nanti.    

Menurut Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii kontijen mensasarkan 60 pingat emas dan mempertahankan gelaran juara keseluruhan yang dimenangi 2 tahun lalu ketika di Perlis.

Walaupun berasa tercabar dengan persiapan hebat negeri lain termasuk  juara 4 kali Terengganu dan tuan rumah Sarawak. 

Namun beliau tetap yakin dengan kemampuan atletnya dalam merealisasikan 2 sasaran tersebut. 

Untuk kali ini motto  "Kekal Juara" menjadi pilihan kontijen. 

Jelas Razlan lagi, pihaknya telah mengenalpasti beberapa sukan yang turut mempunyai potensi pingat antaranya Gimnastik dan Akuatik. 

Seramai  650 atlet akan dihantar menyertai temasya terulung sukan di Malaysia itu. 

Razlan ditemui di Putrajaya selepas Majlis Sidang Media Konvoi Berbasikal Hari Wilayah Persekutuan yang akan diadakan pada 28 Februari ini di Dataran Putrajaya.