Sunday, June 16, 2019

updated 11:31 AM UTC, Jun 16, 2019

Golf Piala Eurasia - Danny Chia Bakal Teruji

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Keupayaan pemain golf handalan Malaysia, Danny Chia bakal teruji apabila dia digandingkan bersama seorang lagi pemain Malaysia, Nicholas Fung untuk beraksi menentang gandingan Victor Dubuisson dan Soren Kjeldsen. 

Mewakili pasukan Asia, mereka akan beraksi dalam format fourball. 

Meskipun Danny susah biasa dengan lapangan  Golf Glenmarie serta pernah memenangi pertandingan di situ, namun katanya ia bukan mudah untuk beraksi dalam  format fourball yang dianggap baharu baginya tambahan apabila salah seorang lawannya mempunyai pengalaman beraksi dalam edisi pertama Eurasia 2 tahun lalu. 

Namun dia percaya Kapten pasukan Asia, Jeev Milka Singh mempunyai strategi terbaik menggandingkannya dengan Nicholas Fung untuk mendapatkan mata apabila turun beraksi.

Menurut Danny, dia turut meletakkan kepercayaan penuh kepada Nicholas untuk membantunya mendapatkan kemenangan. 

Dia berkata selepas majlis perasmian Piala Eurasia edisi kedua di Kelab Golf Glenmarie Shah Alam.    

Selain Danny dan Nicholas, pasukan Asia diwakili oleh Anirban Lahiri dan SSP Chowrasia dari India, Jeung Hun Wan, Byeong Hun An dan KT Kim dari Korea Selatan, Thongchai Jaidee, Prayad Markseng dan Kiradech Aphibanrat dari Thailand, Wu Ashun dari China serta Shingo Katayama dari jepun. 

Manakala pasukan Eropah yang diketuai Darren Clark diwakili 7 pemain England iaitu Ross Fisher, Matthew Fitzpatrick, Ian Poulter, andy Sullivan, Lee Westwood, Danny Willet dan Chris Wood,  Kristoffer Broberg dari Sweeden, Victor Dubuisson dari Perancis, Soren Kjeldsen dari Denmark, Shane Lowry dari Ireland serta Bernd Wiesberger dari Austria.