Sunday, June 16, 2019

updated 9:11 AM UTC, Jun 16, 2019

Liga Ungu : Cabaran Juara-Juara Puchong United Ke Separuh Akhir

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Kelab Badminton Puchong United PUBC muncul pasukan ketiga menempah tiket ke separuh akhir selepas menewaskan Petaling BC 12-8 dalam perlawanan suku akhir di Kejohanan Badminton Liga Ungu, Cabaran Juara Juara Resorts World.

Kemenangan menyaksikan Puchong United BC mengiringi juara bertahan Liga Ungu, Muar City BC dan Ampang Jaya BC ke separuh akhir yang akan berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands Sabtu ini.
  
Puchong United terlebih dahulu memungut mata pertama menerusi pemain kebangsaan Liew Darren yang menewaskan Iskandar Zulkarnian Zainuddin 3-1.

Dalam perseorangan wanita, Ayumi Mine tewas kepada Elisabeth Purwaningtyas 11-4, 11-6, 11-4 menjadikan kedudukan 6-1 buat Puchong United.

Seterusnya pasangan Ardiansyah Putra dan Devi Tika Permatasari mengurangkan defisit kepada 4-6 selepas menumpaskan Cheng Wen Hsing dan Yew Hong Kheng dalam acara beregu campuran.

Beregu lelaki Ow Yao Han - Tan Wee Gieen kembali meletakan Puchong United selesa didepan 9-6 selepas menumpaskan pasangan Lew Ming Hui - Syiah Chun Kang dalam lima set.

Perseorangan lelaki remaja kebangsaan Soo Teck Zhi melengkapkan mata kemenangan terakhir Puchong United selepas menewaskan Tan Vi Hen 3-2 dalam perlawanan akhir.

Bagi aksi separuh akhir  nanti, rombakan akan dilakukan oleh Puchong United berikutan beberapa pemain akan berlepas ke Pulau Pinang bagi menyertai Kejohanan Masters Grand Prix Emas dari 19 hingga 24 Januari nanti.