Thursday, June 20, 2019

updated 2:56 AM UTC, Jun 20, 2019

Presiden KFA Nafi Dapat Tajaan Dari Tan Sri Syed Mokhtar

  • Published in Sukan

Alor Setar - Presiden Persatuan Bolasepak Kedah, KFA, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menafikan khabar angin kononnya Billionair Bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary akan menaja pasukan itu musim ini. 

Beliau berkata, tiada sebarang perbincangan atau pertemuan dilakukan antara KFA dengan tokoh korporat terbabit setakat ini. 

Jelas Datuk Seri Mukhriz, bagi menghadapi saingan liga Malaysia musim ini, KFA menerima sumbangan tajaan daripada Kerajaan Negeri dan anak syarikat kerajaan negeri, GLC serta beberapa syarikat swasta melibatkan tajaan berjumlah berbelas juta ringgit. 

Namun berdasarkan prestasi cemerlang pasukan Lang Merah musim lalu iaitu muncul Juara Liga Perdana dan Naib Juara Piala Malaysia serta mara ke saingan Liga Super musim 2016, beliau yakin banyak syarikat swasta yang berminat untuk menaja pasukan itu. 

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program santai bersama pengurusan dan pemain skuad Piala Belia bawah 19 tahun Kedah di Bendang Kitchen, Alor Setar, malam tadi.