Wednesday, May 22, 2019

updated 8:44 AM UTC, May 22, 2019

Naomi Osaka tersingkir suku akhir Kejohanan ATP/WTA Terbuka Madrid

  • Published in Sukan
Foto - AFP

MADRID - Pemain tenis wanita nombor satu dunia, Naomi Osaka tersingkir di suku akhir pada kejohanan ATP/WTA Terbuka Madrid.

Pilihan utama itu tumpas 6-3, 2-6 dan 5-7 kepada Belinda Bencic dari Switzerland.

Turut terkandas, juara bertahan dari Republik Czech, Petra Kvitova yang kalah 2-6, 3-6 kepada Kiki Bertens dari Belanda.

Juara dua kali, Simona Halep dari Romania pula mengatasi wakil Australia, Ashleigh Barty 7-5, 7-5 untuk mara ke separuh akhir buat kali keempat di ibu negara Sepanyol tersebut.

Turut layak Sloane Stephens dari Amerika yang mengalahkan pemain Croatia, Petra Martic, 6-4, 6-3.

((AFP))