Tuesday, June 18, 2019

updated 3:21 PM UTC, Jun 18, 2019

Liga Juara Juara : The Reds catat kemenangan selesa 2-0

  • Published in Sukan
Foto - AFP

LONDON - Liverpool mencatat kemenangan 2-0 menewaskan FC Porto untuk membawa bekalan selesa bagi mengharungi pusingan kedua suku akhir 18 April depan dalam Liga Juara-Juara.

Liverpool tidak perlu menunggu lama untuk menceriakan penyokong sendiri apabila penyerang importnya dari Guinea, Naby Keita menjaringkan gol pertama perlawanan minit ke-4.

13 minit kemudian Mohammad Salah hampir menggandakan kedudukan namun bola tendangannya berjaya diselamatkan penjaga gol Porto, Iker Casillas.

Serangan bertali arus The Red akhirnya membuahkan hasil untuk gol kedua minit ke-25 selepas pemain tengah, Jordan Henderson berjaya membolosi perangkap offside membuat hantaran lintang cantik disudahkan, Roberto Firmino.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.