Thursday, June 20, 2019

updated 2:56 AM UTC, Jun 20, 2019

LTDL ; Saingan hari ini Peringkat Ketiga melibatkan perlumbaan sejauh 192.6 kilometer dari Muar ke Putrajaya

  • Published in Sukan

Beralih ke sukan, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019.

Saingan diteruskan hari ini dengan cabaran Peringkat Ketiga melibatkan perlumbaan sejauh 192.6 kilometer dari Muar ke Putrajaya.

Ia menawarkan mata bagi satu zon pendakian dan tiga zon pecutan.

Dalam aksi semalam, pelumba negara, Harrif Salleh dari Terengganu Cycling Team memenangi peringkat kedua yang bermula di Senawang dan berakhir di Melaka.

Kejayaan itu mengulangi pencapaian bekas rakan sepasukan, Anuar Manan yang melakukannya buat pertama kali sepanjang sejarah LTdL pada 2010 di Port Dickson.

Harrif mencatat masa 4 jam 53 minit 20 saat untuk meninggalkan Andrea Guardini di tempat kedua dan pelumba Jepun, Kazushige Kuboki, di kedudukan ketiga.

((WEB ))