Tuesday, June 18, 2019

updated 3:21 PM UTC, Jun 18, 2019

Pemain golf negara meninggal dunia

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Pemain Profesional Golf Malaysia, Arie Irawan Ahmad Fauzi 28 tahun, dilaporkan meninggal dunia semasa tidur di dalam bilik hotel di sebuah resort peranginan China.

Bekas pemain nombor satu negara itu dilaporkan baru beraksi dalam Kejohanan kedua Siri Jelajah PGA China.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Jelajah PGA, pemain itu ditemukan meninggal dunia di hotel penginapannya dan kini proses bedah siasat masih dijalankan pihak hospital.

Beliau mula melakar kecemerlangan pada tahun 2015 apabila mencatat dua kejayaan Asia Development Tour, ADT pada tahun 2015, diikuti kemenangan ICTSI Eagle Ridge Invitational di Filipina dan Kejohanan PGM Sime Darby Harvard di Kedah.

Disusuli kemenangannya di Filipina, beliau mencatat ranking dunia terbaik di nombor 296 dan menjadi pemain nombor satu negara untuk masa yang singkat.

Sebagai menghormati allahyarham, pihak penganjuran kejohanan Golf Terbuka Sanya mengambil keputusan membatalkan pusingan akhir yang dijadual berlangsung hari ini.