Thursday, June 20, 2019

updated 2:56 AM UTC, Jun 20, 2019

Anugerah SAM - 100plus 2018 : Muhamad Fauzi Kaman Shah diangkat selaku atlet muda terbaik

  • Published in Sukan

Foto : FB  Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)

KUALA LUMPUR - Atlet muda negara, Muhammad Fauzi Kaman Shah dipilih oleh Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) sebagai penerima Anugerah Atlet Muda Terbaik Anugerah SAM-100PLUS 2018.

Pemilihannya adalah berdasarkan aksi yang konsisten dalam setiap pertandingan yang disertai atlet pelayaran berusia 16 tahun itu sepanjang tahun lepas.

Menurut , Naib Presiden SAM Izahar Atan, pemilihan Muhamad Fauzi Kaman Shah berdasarkan aksi terbaiknya di temasua sukan Asia 2018 Indonesia.

SAM berharap Muhamad Fauzi mampu inspirasi kepada atlet atlet muda lain untuk bekerja lebih keras demi mengharumkan nama Malaysia.

Muhammad Fauzi akan menerima anugerah berkenaan pada majlis anugerah yang akan berlangsung di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada 10 April ini.

Majlis Anugerah SAM-100Plus 2018 yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun penubuhan SAM yang ke-50, mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar untuk berangkat hadir ke majlis ini.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga dijadualkan hadir pada majlis tersebut.