Sunday, June 16, 2019

updated 9:11 AM UTC, Jun 16, 2019

Le Tour De Langkawi 2019

  • Published in Sukan

 

2 APRIL - Sempenan penganjuran perlumbaan edisi ke-24 Le Tour De Langkawi 2019, pihak penganjur mengumumkan beberapa siri penutupan jalan dan lencongan sepanjang lapan hari perlumbaan berlangsung dari 6 hingga 13 April depan.

Penganjur LTDL 2019, Human Voyage mengumumkan penutupan jalan dan lencongan yang akan dilaksanakan BahagianTrafik Polis Diraja Malaysia untuk semua jenis kenderaan adalah bagi mengawal pergerakan perlumbaan LTdL 2019 bermula daripada 6 sehingga 13 April 2019, di 13 lokasi yang berbeza.

Orang ramai serta peminat sukan berbasikal yang bercadang untuk menyaksikan aksi perlumbaan LTdL atau menyertai aktiviti sampingan adalah dinasihatkan untuk membuat perancangan awal dan menggunakan laluan alternatif atau pengangkutan awam.

Selain mematuhi arahan Polis Trafik dan tanda-tanda lalu lintas untuk keselamatan serta aliran lalu lintas yang lancar.

Butiran penutupan jalan yang akan dilaksanakan
akan diwar-warkan setiap hari mengikut peringkat untuk membantu peminat dan penduduk setempat di kawasan yang terlibat.

Peminat juga mendapat maklumat penuh di laman sesawang LTDL 2019 di www.ltdlangkawi.my atau media sosial @ltdlangkawi (Facebook, Twitter dan Instagram).