Thursday, June 20, 2019

updated 2:56 AM UTC, Jun 20, 2019

Borneo Eagles berjaya muncul juara buat kali ke enam kejohanan Ragbi Borneo 7 Sepasukan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Borneo Eagles berjaya muncul juara buat kali ke enam kejohanan Ragbi Borneo 7 Sepasukan dengan membenam Hong Kong Dragons dengan 19-14 pada aksi final.

Sebelum ini Borneo Eagles turut menjuarai edisi 2017,2016,2015, 2007 dan 2004.

Pada aksi wanita, pendatang baharu, Nagato Blues Angels muncul juara selepas menang selesa 39-0 ke atas Southern District.

((RTM/ZAMRI))