Sunday, June 16, 2019

updated 9:11 AM UTC, Jun 16, 2019

LTDL 2019: Langkawi tuan rumah peringkat ke-7 dan ke-8

  • Published in Sukan
Foto - FB KBS

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengumumkan secara rasminya laluan perlumbaan Le Tour de Langkawi 2019 yang akan berlangsung pada 6 hingga 13 April ini.

Pelumbaan edisi ke-24 ini melibatkan jarak kayuhan 1239.6 kilometer menerusi lapan peringkat yang akan bermula di Kuala Lumpur dan berakhir di Pulau Langkawi.

Jelas Syed Saddiq penganjuran kali ini kembali menyaksikan sejarah kembali tercipta apabila Langkawi di pilih untuk peringkat ke-7 dan ke-8, selepas kali terakhir pada pada edisi 2015.

Turut kembali dalam laluan jelajah terbesar Asia Tenggara itu ialah laluan paling mencabar iaitu zon pendakian tertinggi dan berliku di negara ini atau "Queen Stage" iaitu Genting Highland.

Tambah beliau lagi, kehadiran semula Genting Highland yang turut menawarkan mata tertinggi di harap dapat melonjakkan kembali prestij kejohanan ini.

Kali terakhir pusat peranginan tanah tinggi itu menjadi laluan LTDL ialah pada edisi 2014 berikutan kerja-kerja pembinaan yang dijalankan.