Thursday, June 20, 2019

updated 2:56 AM UTC, Jun 20, 2019

Kejohanan Bola Sepak Belia Antarabangsa Piala Sanix 2019

  • Published in Sukan

FUKUOKA -  Kejohanan Bola Sepak Belia Antarabangsa Piala Sanix 2019, Fukuoka, Jepun.

Skuad bola sepak muda negara akhirnya memperolehi kemenangan dalam perlawanan ke-4 yang juga suku akhir bagi Piala Global Arena dengan menewaskan pasukan V.Varen Nagasaki 2-1 .

Gol pembukaan oleh lawan pada minit ke-32 menerusi Yoshiki Shibata sebelum Luqman Hakim Shamsudin menyamakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa pertama.Gol Kemenangan Malaysia diperolehi pada minit ke-58 oleh Muhammad Firdaus Kaironnisam.

Dengan kemenangan itu Malaysia akan beraksi dalam perlawanan separuh akhir Piala Global Arena petang ini yang dalam masa sama merebut kedudukan 9-12 terbaik keseluruhan.

((RTM/ FAISAL JAMAL & WAN AHMAD DASUKI))