Tuesday, June 18, 2019

updated 3:21 PM UTC, Jun 18, 2019

Pencapaian Aaron Chia - Soh Wooi Yik petanda baik hadapi Olimpik Tokyo 2020 - BAM

  • Published in Sukan
Foto - BAM

KUALA LUMPUR - Gandingan Aaron Chia - Soh Wooi Yik adalah aset bernilai Persatuan Badminotn Malaysia (BAM), apatah lagi skuad badminton negara sedang giat mempersiapkan pasukan menjelang pemilihan Olimpik Jepun 2020.

Malah jelas Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, kejayaan beregu itu bergelar naib juara Kejohanan All England juga adalah pencapaian luar biasa kedua-dua pemain itu sendiri.

Datuk Seri Mohamad Norza yang dihubungi RTM berkata, kebangkitan beregu ini di pentas antarabangsa bertaraf Siri Jelajah Dunia Super 1000 ini merupakan petanda yang cukup baik buat BAM dalam menghadapi persediaan Olimpik Tokyo 2020.

Kehadiran Aaron dan Wooi Yik yang menggalas cabaran beregu utama negara selepas pengunduran Goh V Shem - Tan Wee Kiong dari BAM untuk bergelar pemain profesional, nyata menggerunkan pencabar-pencabar lain.

Mereka mara ke pentas final dengan menyingkirkan nama-nama besar iaitu pilihan kelima dari Denmark, Kim Astrup / Anders Skaarup Rasmussen di pusingan kedua, menumbangkan bekas juara dunia dari China, Kiu Cheng/ Zhang Nan di suku akhir, sebelum menegcewakan pasangan pilihan kelapan dari Indonesia, Fajar Alfian / Muhamad Rian Ardianto di separuh akhir.

Kejayaan bergelar naib juara di kejohanan badminton tertua di dunia ini pastinya membangkitkan lagi semangat kedua-dua anak muda untuk bergelar juara pada edisi akan datang dan terus mencipta nama di pentas antarabangsa.