Tuesday, June 18, 2019

updated 3:21 PM UTC, Jun 18, 2019

Datuk Zaiton bersara sebagai Pesuruhjaya Sukan

  • Published in Sukan
Foto - RTM

PUTRAJAYA - Datuk Zaiton Othman, 59 tahun yang memulakan tugas pada 1 Februari 2015, hari ini menamatkan khidmat sebagai Pesuruhjaya Sukan selepas bersara wajib selepas berkhidmat lebih empat tahun.

Perkara ini diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bekas jaguh olahraga kebangsaan era 70-an dan 80-an, kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang itu sebelum ini menggantikan Datuk Shapawi Ismail.

Olahragawati Kebangsaan 1982 yang pernah dikenali jolokan nama, wanita besi adalah pemegang rekod kebangsaan hepathlon di Sukan Sea Manila 1981.

Sepanjang karier dalam pentadbiran sukan, Datuk Zaiton pernah berkhidmat selaku pegawai Psikologi Sukan di Institut Sukan Negara (ISN) dari tahun 1992 hingga 2000.