Tuesday, June 18, 2019

updated 3:21 PM UTC, Jun 18, 2019

FAM jamin tidak libatkan pemain bawah 23 tahun negara

  • Published in Sukan
Foto - FB Football Association of Malaysia (Official)

PETALING JAYA - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberi jaminan tiada pemain bawah 23 tahun akan dipanggil menyertai skuad Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk menghadapi Kejohanan Bola sepak empat negara, Piala Airmarine 2019 pada 20 hingga 23 Mac ini di Bukit Jalil.

Ini bermakna Ketua Jurulatih Skuad Bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee mempunyai peluang mendapatkan barisan terbaik menghadapi pusingan kelayakan Kejuaraan Bawah 23 tahun Konfederasi Bolasepak Asia AFC 2020, dari 22 hingga 26 Mac ini.

Menurut Datuk Hamidin beliau telah mengadakan pertemuan dengan kedua-dua jurulatih itu memandangkan kedua kejohanan penting dan kedua-dua jurulatih telah bersetuju dengan keputusan yang dibuat.

Datuk Hamidin berkata selepas Majlis Undian Piala Airmarine 2019 di Kelana Jaya.

Malaysia diundi menentang Singapura manakala Oman akan menentang Afghanistan pada saingan separuh akhir 20 Mac ini.

Pemenang perlawanan akan mara ke final, manakala pasukan yang tewas akan berentap pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, dengan kedua-dua perlawanan akan berlangsung 23 Mac ini.

Sementara itu dalam kelayakan Kejuaraan Bawah 23 tahun AFC 2020, Malaysia bakal menjadi tuan rumah Kumpulan J bersama tiga pasukan lain iaitu China, Laos dan Filipina.