Sunday, June 16, 2019

updated 11:31 AM UTC, Jun 16, 2019

KBS tubuh pusat atlet, saluran untuk buat aduan

  • Published in Sukan

SHAH ALAM - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menubuhkan pusat atlet iaitu platform kepada atlet kebangsaan membuat aduan serta perihal lain dalam aspek akademik dan kerjaya.

Timbalan Menteri Steven Sim berkata inisiatif itu membantu atlet kebangsaan mendapat saluran yang betul untuk membuat aduan masing-masing yang akan dikendalikan kementerian, Majlis Sukan Negara dan wakil atlet yang akan dipilih nanti.

Katanya pihak pengurusan pusat atlet itu akan merahsiakan identiti pengadu bagi melindungi atlet yang membuat aduan seperti gangguan seksual dan penyalahan guna kuasa oleh mana-mana pihak.