Tuesday, June 18, 2019

updated 3:21 PM UTC, Jun 18, 2019

15 Pasukan Sertai Liga Futsal Perdana Malaysia

  • Published in Sukan

SHAH ALAM - Sebanyak 15 pasukan termasuk lima pasukan wanita mengesahkan penyertaan dalam edisi sulung liga profesional futsal negara, Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) yang dilancarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Shah Alam, hari ini.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, penganjuran kejohanan berkenaan merupakan langkah ke hadapan badan induk itu dalam menjadikan sukan futsal menuju ke era profesional. Ini selaras dengan Pelan Hala Tuju FAM, F30 yang dilancarkan tahun lepas.