Sunday, June 16, 2019

updated 11:07 AM UTC, Jun 16, 2019

Ronaldinho Secara Rasmi Umum Persaraan Daripada Bola Sepak

  • Published in Sukan

BRAZIL - Ronaldinho secara rasmi mengumumkan persaraan daripada sukan bola sepak, lebih dua tahun selepas penampilan terakhir sebagai pemain profesional. 

Bintang berusia 37 tahun itu antara anggota pasukan Brazil yang memenangi Piala Dunia 2002. 

Dia juga membuat 97 penampilan bersama skuad SAMBA dan menjaringkan 33 gol. 

Pada era kegemilangannya, Ronaldinho pernah mewakili Paris Saint-Germain , Barcelona dan Fluminense.

 

Sumber : AFP