Thursday, June 20, 2019

updated 2:56 AM UTC, Jun 20, 2019

Kelab Belanda Ajax Pecat Pengurus Pasukan

  • Published in Sukan

THE HAGUE - Kelab gergasi Belanda, Ajax memecat pengurus pasukan, Marcel Keizer dan pembantu jurulatih, Dennis Bergkamp. 

Kelab berkenaan dalam satu kenyataan berkata masa depan mereka sudah berakhir sejak beberapa bulan lalu, selepas pasukan itu gagal mara ke peringkat pusingan kelayakan sama ada di saingan Liga Juara Eropah atau Liga Europa.

Keizer dipecat hanya selepas 174 hari menyandang jawatan berkenaan.

 

Sumber : AFP