Sasaran Pandalela Mahu Perbaiki Prestasi

Kuching - Pandelela Rinong Pamg mahu memperbaiki prestasinya dalam pusingan kedua Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2014 yang akan berlangsung di Dubai dari 22 hingga 24 Mac ini.

Menurut beliau , sasarannya ialah memperbaiki prestasi dalam acara kegemarannya 10m platform individu dan juga 10m platform seirama bersama Mun Yee.

Selepas Dubai, kejohanan akan diteruskan di Britain (25-27 April), Moscow (2-4 Mei), Windsor, Kanada (30 Mei hingga 1 Jun) dan berakhir di Monterrey, Mexico (6-8 Jun).

Selain Pandelela dan Mun Yee, skuad negara dibarisi Cheong Jun Hoong, Ahmad Amsyar Azman, Ooi Tze Liang dan Wendy Ng.

Popular