08 Julai 2015
galaksi tv1 tv2

Rombakan Besar-besaran Skuad Hoki Negara, Beng Hai Serah Kepada KHM

 

Sepang -  "Saya serahkan kepada KHM (Konfederasi Hoki Malaysia) untuk tentukan kedudukan saya," kata ketua jurulatih skuad negara, Tai Beng Hai.

Bagi Beng Hai, beliau bersikap terbuka sekiranya KHM mahu menggantikannya dengan individu lain bagi mengendalikan skuad dengan jolokan 'The Speedy Tigers' itu.

"Kita terpaksa tunggu laporan daripada pihak pengurusan pasukan sebelum KHM buat keputusan.

"Jadi masa depan kita semua, kena tunggu selepas mesyuarat post-mortem," katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal mengumumkan akan melakukan rombakan dalam skuad negara berikutan kegagalan 'The Speedy Tigers' mengesahkan tiket secara merit ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro di Liga Hoki Dunia yang baru berakhir di Antwerp, Belgium.

Skuad negara sekadar menduduki tangga keenam di kejohanan itu selepas tewas kepada Ireland 1-4, sekali gus melepaskan peluang kedua mencari tiket secara merit ke Rio, sesudah gagal menempatkan diri ke separuh akhir apabila tewas 2-3 kepada India di suku akhir.

Popular