Wednesday, September 18, 2019
updated 2:07 PM UTC, Sep 18, 2019

Kerajaan Negeri Kelantan Setuju Ikut Syarat Penaja

Kelantan - Kerajaan Negeri bersetuju untuk memenuhi syarat penaja baharu The Red Worrior. 

Ia termasuk menukar warna stadium kepada warna merah jambu.

Persetujuan dicapai selepas Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan KAFA, Tan Sri Annuar Musa mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Kelantan 

Datuk Ahmad Yakob yang juga Pengerusi Perbadanan Stadium Kelantan PSK. 

Penukaran warna Stadium Sultan Mohamad ke 4 kepada warna merah jambu adalah salah satu syarat yang ditetapkan oleh syarikat kosmetik Vida Beauty Sdn Berhad bagi menaja The Red Worrior. 

Satu lagi syarat ialah nama pasukan Kelantan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Worrior. 

Vida Beauty bersetuju menaja skuad bolasepak Kelantan sebanyak 16 juta ringgit untuk tempoh dua musim iaitu 2016 dan musim 2017.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Sukan
  • Jumlah paparan: 893