Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 9:37 AM UTC, Feb 22, 2018

MAF Tidak Dapat Sahkan Rekod Badrul Tanpa Laporan Lengkap Penganjur - Karim

Kuala Lumpur - Persekutuan Olahraga Malaysia (MAF)  masih tidak dapat mengesahkan rekod 100 meter yang dicatat oleh  Badrul Hisham Abdul Manap walaupun 49 hari telah berlalu.

Sehingga dimuktamadkan, rekod kebangsaan yang dicatat oleh Watson Nyambek 17 tahun lalu masih utuh dan belum diiktiraf telah diatasi pelaru berusia 18 tahun itu. 

Badrul mencatat masa terpantas 10.29 saat pada Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN di Brunei pada 23 November lalu. 

Namun catatan tersebut tidak diiktiraf selepas penganjur mendakwa ia dibantu oleh kelajuan angin.

Persekutuan Olahraga Brunei bagaimanapun turut dipersoalkan kerana gagal mengikuti undang-undang Persatuan Persekutuan Olahraga  Antarabngsa IAAF  termasuklah kesilapan meletak alat mengukur angin.

KOM telah menghantar surat bantahan kepada penganjur yang mengaku membuat kesilapan. 

Namun laporan penuh yang diminta oleh KOM masih belum diberikan oleh Brunei. 

Datuk Karim menyatakan demikian selepas mesyuarat  Jawatankuasa Kerja KOM dengan Majlis Sukan Negara diketuai Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Shapawi Ismail. 

Sambil menegaskan Badrul adalah orang paling pantas di Malaysia ketika ini Datuk Karim juga memberitahu akan membangkitkan isu ini pada mesyuarat Persatuan Olahraga Asia AAA Mac nanti dimana beliau adalah Presidennnya. 

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Sukan
  • Jumlah paparan: 671