Friday, July 3, 2020

updated 2:24 PM UTC, Jul 3, 2020

Super KIP tidak sabar beraksi

KUALA LUMPUR, 30 Jun - Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi mahu memberi aksi terbaik selepas menghadapi pelbagai halangan musim lalu.

Beliau yang dikenali sebagai Super KIP, mewakili PETRONAS Sprinta Racing, hanya sempat menyertai tiga perlumbaan awal saingan Moto2 musim lalu sebelum mengalami kecederaan serius di bahagian jari kelingking.

Super KIP kembali bersaing dalam kategori Moto3 musim ini menamatkan saingan Grand Prix, GP Qatar di tangga ke-26 awal Mac lalu.

Penularan pandemik COVID-19 juga merencatkan perancangannya apabila penganjur menangguhkan beberapa saingan GP.

Empat tahun lalu, Khairul Idham yang ketika itu bersama Honda Team Asia mencipta sejarah tersendiri apabila meraih dua kemenangan di GP Argentina dan Jerman sebelum pasukan mengangkatnya ke kelas pertengahan pada musim 2017.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Sukan
  • Jumlah paparan: 144