Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Jerebu: KBS batal MFLS KOHORT 9 yang dijadual berlangsung esok

PUTRAJAYA - Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia mengambil keputusan membatalkan Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) KOHORT 9 yang dijadualkan diadakan pada esok hingga 27 September di sembilan buah kem daripada 17 buah kem ekoran jerebu.

Kem tersebut adalah Kem Wawasan Negara Meru, Selangor; Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan; Kem Wawasan Negara Alor Gajah, Melaka; Kem PLKN Sri Ledang, Tangkak, Johor; Outward Bound Lumut, Perak;Kem Wawasan Negara Sampadi, Sarawak dan 3 buah kem di Pahang iaitu Kem Wawasan Negara Lipis ; Kem Wawasan Negara Bukit Sagu serta Kem Wawasan Negara Maran.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, pembatalan berkenaan adalah selaras dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2019 berkaitan Langkah-langkah bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid-murid di sekolah yang berada dalam kawasan berjerebu.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Sukan
  • Jumlah paparan: 87