Friday, February 23, 2018
vital-top
updated 2:59 PM UTC, Feb 23, 2018

Jalan Tutup Sempena Konvoi Berbasikal 1WP 2018

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup secara berperingkat mulai 6 pagi hingga 11 pagi, Sabtu ini (24 Feb) sempena Konvoi Berbasikal 1WP 2018.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Supt Ahmad Adnan Basri dalam satu kenyataan berkata jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Raja Laut, Bulatan Dato' Onn, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Bulatan Sg Besi, Jalan Yew, Jalan Tun Razak, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Damansara, Jalan Travers dan Bulatan Hishamuddin.

Beliau menasihati pengguna jalan raya agar merancang perjalanan dengan memilih jalan-jalan alternatif dan elakkan melalui jalan yang terlibat dengan penutupan atau menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, serta mematuhi arahan anggota polis yang bertugas.

Program kayuhan sejauh 30 kilometer itu akan bermula di Dataran Merdeka.

((SUMBER BERNAMA))

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Sukan
  • Jumlah paparan: 84