Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Kecoh Ketika Jualan Tiket Di Shah Alam Untuk Perlawanan Akhir Piala Malaysia



Shah Alam -  Kekecohan cetus di Stadium Shah Alam selepas lebih 3,000 penyokong Selangor menyerbu ke arah pegawai tiket meminta penjelasan berhubung penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia.

Tindakan dipercayai berpunca selepas semua 30,000 tiket perlawanan akhir habis dijual di kaunter tiket stadium tidak sampai sejam selepas kaunter dibuka jam 10 pagi tadi.

Kebanyakan penyokong juga tidak berpuas hati kerana gagal mendapatkan tiket selepas terpaksa beratur sepanjang 600 meter dan menunggu sejak dari jam 7 pagi lagi di perkarangan stadium.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundram berkata, sebanyak 20 kaunter tiket dibuka bagi memudahkan penjualan tiket kepada penyokong. "Setiap kaunter menjual 1,500 keping tiket namun disebabkan begitu ramai yang datang mendapatkan tiket, ada kaunter yang ditutup awal selepas kehabisan tiket," katanya.

  • Jumlah paparan: 2261