Thursday, November 23, 2017
vital-top
updated 9:49 AM UTC, Nov 23, 2017

Skuasy - Aifa Azman Mahu Tampil Lebih Cemerlang Tahun Ini

Alor Setar - Kejayaan muncul juara Kejohanan Skuasy Terbuka British Junior bawah 15 tahun di England, awal tahun ini membakar semangat ratu skuasy cilik negara, Aifa Azman, 14 tahun, untuk tampil lebih cemerlang tahun ini.

Aifa, ketika ditemui di Alor Setar, berazam mahu meraih seberapa banyak kejuaraan dalam kejohanan yang disertainya. 

Namun pada masa yang sama, tumpuan terhadap pelajaran tidak diabaikan menjelang penilaian PT3, akan bakal didudukinya tahun ini. 

Hari ini, Aifa menerima sumbangan daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir di Wisma Darul Aman. 

Selain Kejohanan Skuasy Terbuka British bawah 15 tahun 2016, Aifa pernah menjuarai beberapa kejohanan lain sepanjang tahun lalu. 

Antaranya, Kejuaraan Junior Kebangsaan bawah 15 tahun; Terbuka Junior Penang bawah 15 tahun, Kejuaraan Individu Junior Asian, dan Perfect Junior Open bawah 17 tahun.

Aifa kini dianggap antara pengganti Ratu Skuasy Negara, Datuk Nicol Ann David. 

 

  • Jumlah paparan: 2518