Tuesday, May 22, 2018
vital-top
updated 3:27 PM UTC, May 22, 2018

Australia Green Catat Kemenangan 2-1 Keatas Great Britain

Perth - Daria Gavrilova dan Nick Kyrgios mengatasi Heathor Watson dan Andy Murray 6-2, 6-7, 11-9 untuk memberikan kemenangan 2-1 Australia Green ke atas Great Britain dalam aksi beregu campuran pada Rabu. 

Australia Green bertemu Great Britain dalam aksi kumpulan B Piala Hopman untuk acara beregu campuran semalam menyaksikan tuan rumah diwakili Nick Kyrgios dan Daria Gavrilova. 

Kyrgios menumpaskan pemain bintang Andy Murray buat kali pertama sebelum Heather Watson pula catat kemenangan ke atas Daria Gavrilova. 

Kyrgios dan Gavrilova mendahului 4-1 dan 5-2 di set kedua, Murray dan Watson hanya mampu menyamakan kedudukan selepas tie break. 

Kedudukan itu memaksa keputusan ditentukan menerusi Match Tiebreak. 

Mendahului 9-6, gandingan Australia sepatutnya boleh meraikan kemenangan mereka lebih awal namun lawan bangkit mejadikan 9 sama. 

Kyrgios dan Gavrilova memenangi dua mata selepas itu sekaligus menang 2-1 ke atas Great Britain 6-2, 6-7, 11-9. 

Harapan Britain untuk mara ke final selepas ini hanya bergantung kepada kemenangan besar ke atas Jerman pada Jumaat sambil Australia kalah teruk ke atas Perancis.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Sukan
  • Jumlah paparan: 916