Sunday, October 20, 2019
updated 2:49 PM UTC, Oct 20, 2019

Perlu teruskan karier permotoran : KBS salur bantuan khusus untuk Hafizh Syahrin

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memberi bantuan khusus kepada Hafizh Syahrin Abdullah agar pelumba negara itu dapat meneruskan kariernya dalam Moto2.

Menteri Beliau dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan, bantuan itu akan disalurkan menerusi Sepang International Circuit (SIC).

Jelas Syed Saddiq beliau sudah berurusan dengan Ketua Pegawai Eksekutif, SIC, Datuk Razlan Razali, membincangkan tentang kedudukan Hafizh Syahrin.

Pihak KBS telah menerima permohonan dari SIC dan beliau akan meluluskan permohanan tersebut.

Syed Saddiq bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran Kad Kenangan Jongkong Emas Lagenda Sukan Negara di Putrajaya.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Sukan
  • Jumlah paparan: 77