Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 8:43 AM UTC, Dec 14, 2017

Senarai Akhir Pemain Piala AFF Suzuki Akan Diumumkan Selasa Ini

  • Published in Sukan

SHAH ALAM - Senarai akhir 23 pemain yang akan bersama skuad kebangsaan ke Kejohanan Piala AFF Suzuki di Yangon nanti akan diumumkan pada Selasa ini. 

Demikian jelas jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee yang ditemui ketika sesi latihan pasukan itu di Shah Alam. 

Walaupun mengakui agak sukar untuk menyenaraikan 23 pemain terbaik.

Disebabkan komitmen dan kesungguhan baik yang ditunjukkan anak-anak buahnya di dalam mahupun di luar padang. Namun keputusan harus dibuat dan beliau yakin bahawa pemain-pemain memahami situasi ini. 

Pengendali berusia 45 tahun ini turut membayangkan sekurang-kurangnya satu lagi slot masih menjadi rebutan. Edisi kali ini Malaysia diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama tuan rumah Myanmar, Vietnam dan Kemboja. 

Manakala aksi pertama skuad Harimau Malaysia adalah menentang Kemboja berlangsung pada 20 November ini pukul 3 petang.