Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

Lebih 1,000 Hadiri Program Fit Masjid 2016 Di Seremban

  • Published in Sukan
SEREMBAN - Lebih 1,000 orang termasuk pelajar sekolah dan penduduk sekitar hadir memeriahkan
program Fit Masjid peringkat Kebangsaan 2016 di sini, yang turut disertai Menteri Belia dan Sukan
Khairy Jamaluddin.
 
Khairy berkata program ini berkonsepkan kerohanian dengan matlamat utama mendekatkan golongan
belia dengan institusi masjid melalui aktiviti riadah santai.
 
"Saya harap program ini dapat diadakan setiap tahun kerana saya lihat penyertaan daripada golongan
belia amat menggalakkan.
 
"Program ini juga diharap dapat memperbetulkan persepsi belia yang berpandangan bahawa masjid
adalah tempat beribadah semata-mata, dan ini sedikit sebanyak membataskan kegiatan masjid," katanya
kepada pemberita.