Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 8:32 AM UTC, Jun 25, 2018

Pandelela Terima Anugerah Ikon Belia Sukan

  • Published in Sukan
KUCHING  - Ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg menerima Anugerah Ikon Belia Sukan
untuk kategori individu sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di sini.
 
Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak Datuk Seri Michael
Manyin Jawong mewakili Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem. 
 
Selain pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu, beberapa individu turut menerima anugerah
mengikut kategori masing-masing antaranya Kelvin Wan Kwong Wei menerima Anugerah Ikon
Belia Sukarelawan, Desmond Anak Sagoh (Anugerah Ikon Belia Kesenian), Jong Yee Khie
(Anugerah Ikon Belia Istimewa) dan Dr Fauzan Sahdi (Anugerah Ikon Belia Kemahiran dan Inovasi). 
 
Bagi kategori anugerah persatuan belia, Yayasan Salam Negeri Sarawak menerima Anugerah Persatuan
Belia Sukarelawan, Kumpulan Kesenian Petra (Anugerah Persatuan Belia Kesenian),
Koperasi Belia Inovatif Sarawak (Anugerah Persatuan Belia Usahawan) dan Persatuan Ten Pin
Bowling Sarawak (Anugerah Persatuan Belia Sukan).