Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 8:32 AM UTC, Jun 25, 2018

Atlet Paralimpik Ziyad Akhiri Zaman Bujang

  • Published in Sukan

NILAI - Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, Muhammad Ziyad Zolkefli selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Zafirah Md Nasir pada pukul 9.32 malam tadi.

Muhammad Ziyad, 26, juara acara lontar peluru T20 (masalah pembelajaran) dan Zafirah, 26, dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Md Nasir Abd Wahab di kediaman pihak perempuan di Jalan Casuarina di sini.

Beliau sah bergelar suami selepas tiga kali lafaz semasa akad nikah dan menyerahkan mas kahwin RM3,000 beserta seutas gelang emas kepada Zafirah disaksikan kira-kira 200 tetamu.

Muhammad Ziyad yang segak berbaju Melayu berwarna krim tiba di perkarangan rumah pengantin perempuan kira-kira pukul 8.40 malam.

Manakala Zafirah yang merupakan anak kedua daripada enam beradik yang tampak manis dengan baju sedondon berwarna krim melemparkan senyuman gembira selepas ucap akad Muhammad Ziyad disahkan oleh tiga saksi.