Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 8:32 AM UTC, Jun 25, 2018

Ironman Malaysia Langkawi: Ironkids Tarik Minat 200 Peserta Cilik

  • Published in Sukan

LANGKAWI - Kejohanan Ironkids yang memasuki tahun ke-2, mendapat penyertaan 200 peserta yang terdiri daripada anak-anak atlet Ironman sendiri serta komuniti tempatan.

Bermula dan berakhir di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, kejohanan terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori bawah 10 tahun dan bawah 13 tahun.

Melibatkan disiplin larian, 500 meter disediakan bagi peserta bawah 10 tahun manakala satu kilometer bagi peserta bawah 13 tahun.

Menggunakan tagline ‘Every Finisher is a Winner’ kejohanan Ironkids bertujuan memupuk semangat generasi muda meminati sukan lasak selain mendedahkan mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat.