Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Kejayaan MISC-MIFA Harap Tarik Penyertaan Belia India Dalam Sukan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Kemenangan pasukan bola sepak MISC-MIFA dalam saingan Piala FAM baru-baru ini, telah memberi semangat baharu buat komuniti kaum India, mengembalikan kegemilangan dalam bidang sukan.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengakui, satu ketika dahulu ramai atlet komuniti kaum India telah memberi sumbangan besar kepada arena sukan negara dengan mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Dalam masa sama, beliau berharap pasukan bolas epak MISC-MIFA akan terus mengharumkan nama komuniti India terutamanya apabila memasuki saingan lebih kompetitif musim hadapan dalam Liga Perdana nanti.

Selain, lebih ramai penaja tampil untuk menyokong pasukan bola sepak MISC-MIFA yang memerlukan perbelanjaan lebih besar untuk memberi saingan pada Liga Perdana nanti.

Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata demikian pada majlis meraikan pasukan bola sepak MIFA di ibu negara.