Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 8:32 AM UTC, Jun 25, 2018

Maria Sharapova Kembali Semula Sebagai Duta Muhibah PBB

  • Published in Sukan

New York - Pemain Tenis Maria Sharapova akan kembali memainkan peranannya sebagai Duta Muhibah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) selepas hukuman penggantungannya tamat April tahun hadapan.

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan PBB.

Peranan Sharapova sebagai Duta Muhibah dalam program-program UNDP bagi tempoh 9 tahun digantung selepas gagal dalam ujian doping. 

Bulan lepas, hukuman kerana positif penggunaan bahan larangan meldonium ke atas Sharapova dipendekkan kepada 15 bulan berbanding hukuman awal, 24 bulan.

Sebagai Duta Muhibah, Sharapova aktif dalam program pemulihan selepas bencana Chernobyl 1986. 

Beliau mengadakan beberapa siri lawatan ke Belarus serta menyumbang dana 100 ribu Euro untuk membantu program pembangunan belia akibat tragedi nuklear Chernobyl.