Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

KBS Pertimbang Beri Insentif Kepada Pemain Dodgeball

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mempertimbang pemberian insentif kepada pemain-pemain dodgeball yang mengharumkan nama negara di Kejohanan Dunia Melbourne, Australia 19 hingga 22 Oktober lalu.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan, KBS akan bekerjasama beberapa pihak memberi sokongan dan dorongan mempromosikan sukan ini di Malaysia. 

Datuk Saravanan meraikan kejayaan pasukan dodgeball wanita dan lelaki di Putrajaya.

Pada kejohanan dunia kali kelima lalu, pasukan wanita berjaya mendapat pingat emas setelah muncul juara dunia menewaskan Kanada 6-5, manakala pasukan lelaki tewas 1-6 kepada Kanada membolehkan membawa pulang pingat perak.

Hadir sama Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) Datuk Samson Maman.