Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Diana Riesler Buru Gelaran Ketiga di Ironman Langkawi 2016

LANGKAWI - Juara dua kali berturut-turut Ironman Malaysia Langkawi, Diana Riesler bertekad untuk memburu gelaran ketiganya pada Kejohanan Ironman Malaysia Langkawi 2016, Sabtu ini.

Sementara  bagi kategori lelaki, saingan memburu takhta juara kembali terbuka apabila penyandangnya atlet Switzerland Mike Aigroz sah tidak bertanding. 

Tahun lepas, Diana mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut dengan catatan masa 9 jam 37  minit 6 saat, sekali gus membawa pulang hadiah US$8,000.

Beliau yang baru pulih daripada demam denggi, mengakui berada pada tahap terbaik selepas beberapa sesi latihan termasuk di Phuket, Thailand sebelum kembali ke Langkawi.

Manakala tempat kedua kategori sama milik Gruczie Frades dari Sepanyol dan juara 6 kali Ironman dunia Natasha Badman di tempat ketiga

Sementara itu,  juara kategori prolelaki milik atlet Switzerland Mike Aigroz yang menamatkan saingan dengan catatan masa 8 jam 52 minit 2 saat, bagi disiplin renang, acara berbasikal dan  larian.

Di tempat kedua milik Fredrik Croneborg dari Sweden dan peserta British Harry Wiltshire tempat ketiga.

Sementara itu bagi kategori atlet terbaik triathlon Malaysia perebutan tempat pertama pasti sengit dengan kehadiran 370 peserta.

Ironman 2016 melibatkan acara berenang sejauh 3.8 kilomiter berbasikal 180 kilometer dan larian sejauh 42.2 kilometer.