Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 8:43 AM UTC, Dec 14, 2017

Lee Chong Wei, Pandelela Rinong Dan Cheong Jun Hoong Bakal Terima Anugerah Olympian Coca-Cola 2016

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dan pasangan terjun 10 meter platform seirama negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong bakal menerima Anugerah Olympian Coca-Cola 2016.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar, menjelaskan pemilihan Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang bakal menerima RM10,000 berdasarkan prestasi cemerlang merangkul pingat perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama ketika mewakili negara ke temasya Olimpik Rio 2016 yang lepas.

Mengulas lanjut, beliau berkata pemilihan Datuk Lee Chong Wei adalah berdasarkan kemampuannya untuk mengekalkan rekod pingat perak Olimpik dalam temasya tahun ini juga pada tahun 2008 di Beijing dan 2012 di London.

Selain itu, tahun 2017 merupakan tahun yang padat buat MOM dengan penganjuran Sukan SEA di Kuala Lumpur, temasya Sukan Komanwel Remaja di Bahamas dan Sukan Asia Musim Sejuk di Jepun.

Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang media yang diadakan sejurus selesai Mesyuarat Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia di Wisma Olimpik di ibu negara.