Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

CAF Tawar Ganjaran Lebih Tinggi Untuk Juara

JOHANNESBURG - Semua pertandingan seliaan Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) bakal menawarkan peningkatan hadiah kemenangan mulai tahun hadapan. 

Menurut kenyataan CAF, ia susulan perjanjian penajaan oleh syarikat minyak dan gas Peranchis, total bagi tempoh lapan tahun dengan nilai lebih 1-bilion Dolar.

Pemenang Kejuaraan Negara Afrika bakal memperoleh 4-juta Dolar berbanding 1.5-juta Dolar yang diterima Ivory Coast, tahun lepas.

Manakala Johan Liga Juara CAF membawa pulang 1-juta Dolar lebih berbanding hadiah 2.5-juta Dolar ketika ini.