Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 2:02 AM UTC, Dec 14, 2017

Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2016: Goh Jin Wei Mara Ke Pusingan ke-4

  • Published in Sukan

SEPANYOL - Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2016. Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei yang juga Juara remaja dunia edisi lalu, mara ke pusingan keempat. 

Pilihan utama kejohanan itu menumpaskan Ella Soderstrom dari Sweden, 21-8, dan 21-4 untuk bertemu wakil Bulgaria, Maria Delcheva.

Dalam saingan perseorangan lelaki, pemain negara, Lee Zii Jia yang juga pilihan kedua menyingkirkan Manjunath Mithun dari India, 21-23, 21-18 dan 21-18. 

Turut mara, Sim Fong Hau yang mengatasi pemain Hong Kong, Chow Hin Long, 21-11, dan 21-11 manakala Leong Jun Hao mengalahkan Miguel Rocha dari Portugal, 21-15, dan 21-17.

Malaysia turut memiliki tiga beregu lelaki, dua beregu wanita dan satu beregu campuran di pusingan keempat.