Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 8:32 AM UTC, Jun 25, 2018

Tan Sri Annuar Musa Umum Lepas Jawatan Presiden KAFA

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Satu tamparan buat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) apabila Presidennya, Tan Sri Annuar Musa melepaskan jawatan berkuat kuasa serta merta. 

Melalui laman Facebooknya, tanpa menyatakan alasan peletakan jawatan beliau, Tan Sri Annuar berharap bakal penggantinya mampu mengangkat kecemerlangan bola sepak negeri Kelantan. 

Beliau yang dianggap sebagai bapa pembangunan bola sepak Kelantan mencipta beberapa kejayaan bersama skuad The Red Warrior termasuk meraih tiga kejuaraan antaranya Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super pada musim 2012. 

Tan Sri Annuar mula memegang jawatan Presiden KAFA sejak 2009.