Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

Inisiatif Tingkatkan Prestasi Serta Kejayaan Gemilang Zulfadli Zulkifli di Peringkat Antarabangsa

  • Published in Sukan

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) tampil memberikan bantuan dan sokongan bagi memastikan perjalanan karier pemain perseorangan badminton profesional negara, berada di landasan yang betul. 

Perkara itu dimaklumkan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Hassan Said dalam majlis khas bersama Zulfadli Zulkifli. 

Dari segi akademik, Zulfadli diterima masuk sebagai pelajar UiTM dengan diberikan kemudahan penginapan dan pengajian percuma. 

Untuk memantapkan prestasi pula, khidmat kepakaran Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM terlibat merangkumi aspek biomekanik, latihan fizikal, nutrisi, psikologi dan analisis prestasi. 

Zulfadli setakat ini telah menampilkan prestasi baik, dengan memenangi dua kejohanan, Terbuka Brazil pada September lalu dan Terbuka Rusia bulan lalu.