Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Cristiano Ronaldo Tandatangani Kontrak Lima Tahun Dengan Real Madrid

  • Published in Sukan

Madrid, Sepanyol - Pemain bola sepak sensasi, Cristiano Ronaldo menandatangani kontrak selama lima tahun dan akan menerima bayaran bernilai RM1.905 juta seminggu untuk terus bersama kelab gergasi La Liga, Real Madrid.

Ronaldo beraksi cemerlang musim lalu membantu Real Madrid menamatkan saingan di kedudukan kedua la liga. Beliau menjaringkan 35 gol dan menjadi pencetus kepada 11 lagi jaringan Los Blancos.

Selain itu, beliau juga berjaya menjaring 16 gol dalam kempen Liga Juara-Juara seterusnya mengesahkan kejuaraan  ketiga peribadi sepanjang kariernya dan yang kedua bersama Real. Beliau juga mengetuai Portugal menjulang Piala Eropah buat kali pertama di Perancis Jun lalu.

Musim ini, Ronaldo tetap meletakkan sasaran untuk membantu Real Madrid kekal mendahului dan seterusnya muncul juara liga merampaskan kejuaraan daripada seteru utama, Barcelona. 

Real Madrid kini mendahului dengan 27 mata selepas 11 perlawanan, manakala Barcelona di kedudukan kedua ketinggalan 2 mata di belakang Real.