Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Liga Malaysia 2017 - KFA Sudah Mula Rangka Perancangan

Kuala Lumpur - Juara TM Piala Malaysia 2016, Kedah sudah mula merangka perancangan bagi mempersiap pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2017. 

Sebahagian besar wira final Piala Malaysia akan terus kekal bersama Lang Merah di samping suntikan kekuatan beberapa pemain baharu yang masih lagi dirahsiakan. 

Menurut KFA, hampir 50 peratus pemain skuad hijau kuning musim ini dikekalkan kerana masih mempunyai baki kontrak bersama pasukan. 

Sementara itu, kedudukan penyerang import pinjaman dari Brazil, Thiago Agusto Fernandes dari Felda United yang tamat pada satu November lalu masih menjadi tanda tanya. 

Thiago pulang ke Brazil semalam bagi bersama keluarganya dan akan kembali ke Malaysia awal bulan depan bagi persiapan pra-musim. 

Keserasian Thiago bersama Shane Smeltz turut dipuji walaupun digandingkan dalam masa yang singkat kedua pasangan penyerang ini mampu merobek gawang lawan. 

Tarikh tutup pendaftaran pemain untuk semua pasukan Liga Super dan Liga Premier untuk musim 2017 adalah 22 Januari 2017.