Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Piala AFF - Harimau Malaysia Mulakan Sesi Latihan

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Skuad Harimau Malaysia memulakan sesi latihan penyesuaian cuaca pertama semalam, bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki di Myanmar. 

Latihan yang bermula pukul tiga petang itu bagi membantu pemain menyesuaikan diri dengan saingan sebenar Piala AFF Suzuki yang dijadualkan berlangsung pada waktu petang. 

Selain itu, fasa latihan kali ini juga akan menumpukan kepada aspek taktikal yang dirangka oleh Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee. 

Harimau Malaysia akan menentang Papua New Guinea dalam aksi persahabatan terakhir pada 14 November sebelum berlepas ke Myanmar.